Sunday, December 27, 2009

Slide Show

ASAS PERTUKANGAN

UTAMAKAN KESELAMATAN




ALATAN:
















KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN

TINDAKAN BETUL:












TINDAKAN SALAH:







Wednesday, December 23, 2009

ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU

ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU

ASPEK KEBERSIHAN

Konsep 5S dalam pengelolaan bengkel KH


Anda biasa mendengar konsep 5S dalam pengelolaan kebersihan dan kekemasan tempat kerja.

Bincangkan:
-Secara ringkas bagaimana anda boleh menggunakan konsep ini dalam pengelolaan kekemasan bengkel.

5S
1. Sisih
2. Susun
3. Sapu
4. Seragam
5. Sentiasa amal


SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membungkannya.
Terdapat dua kategori:-
1. Bahan yang diperlukan
a. Bahan yang tidak diperlukan tetapi mesti disimpan.
b. Bahan yang kadangkala perlu digunakan semula.
c. Bahan yang digunakan selalu

Contoh:-
a. Reja kayu boleh digunakan untuk mengalas projek semasa menggunakan ragum atau proses mencabut paku. Ini boleh mengelakkan projek daripada rosak.
b. Kertas las - yang telah digunakan boleh digunakan semula untuk melicinkan permukaan kayu atau logam yang disapu lapisan pertama.

Cara kendalian:-
a. Letakkan berdekatan tempat penggunaannya.
b. Letakkan jauh sedikit.
c. Mesti disimpan berasingan dengan pengenalan yang jelas.

2. Bahan yang tidak diperlukan
a. Bahan yang tidak diperlukan dan senang dibuang.
Contoh:
- reja kayu kecil, berus cat
b. Bahan yang ada nilai untuk dijual
Contoh:
- tin cat, lebihan potongan aluminium.
c. Bahan tiada nilai tapi kos tinggi untuk dihapuskan.
Contoh :
- minyak hasil daripada kerja servis, gris yang telah digunakan.

Cara kendalian:-
a. Buang serta merta bagi yang tidak mencemarkan alam sekitar.
b. Gunakan kaedah yang selamat serta yang menjimatkan kos untuk dilupuskan.


SUSUN

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.Asingkan bahan/barang kepada tiga peringkat:-
1. Bahan yang selalu digunakan.
Cara kendalian :
- mesti disimpan dalam stor dengan pengenalan yang jelas.
Contohnya alatan mesin mudah alih, alatan tangan. Adakan panel alatan dan juga kabinet alatan.
2. Bahan yang kadangkala digunakan
Cara kendalian:
– ditempatkan dalam stor atau jauh sedikit daripada panel alatan.
3. Bahan tidak digunakan langsung tetapi mesti disimpan.
Cara kendalian:
– mesti disimpan dalam stor dengan pengenalan yang jelas.


SAPU

Pastikan bengkel sentiasa dalam keadaan bersih, tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas. Cara kendalian:
– mengadakan jadual tugas untuk menyapu lantai, menyapu minyak pada alatan logam, dan mengelap kelengkapan alatan seperti mesin gerudi.


SERAGAM

Setiap guru dan pelajar yang menggunakan bengkel mesti tahu peranan yang mesti dilaksanakan. Ini bertujuan supaya keadaan bengkel sentiasa dalam keadaan teratur, kemas dan bersih. Amalan penggunaan bengkel mesti dipatuhi walau siapapun yang menggunakan bengkel mengikut prosuder yang betul.


SENTIASA AMAL

Kerja-kerja rutin yang mesti dilakukan mengikut kaedah yang telah ditetapkan. Contohnya menyusun alatan, menjaga kebersihan, melakukan kerja pengasingan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

PERATURAN BENGKEL

Peraturan Keselamatan Dlm Bengkel

CIRI-CIRI KESELAMATAN

Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup
  1. Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru.
  2. Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah.
  3. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel.
  4. Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru.
  5. Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan.
  6. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan.
  7. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.

Pakai pakaian yang sesuai dan kasut getah


Keselamatan di bengkel kemahiran hidup
  1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.
  2. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan , semasa menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel.
  3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku:
    - Kecederaan dan kemalangan
    - Kejutan elektrik
    - Kebakaran
  4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
  5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat.
  6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap bengkel.
  7. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai.
  8. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999.
  9. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel.
  10. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik.

UTAMAKAN KESELAMATAN